Tuesday, November 27, 2018

Penganut Hindu diminta akur keputusan mahkamah.

KUALA LUMPUR: Individu yang mendakwa pentadbir sah kuil Sri Maha Mahariamman di USJ 25, Subang Jaya, K Chelappa, merayu penganut Hindu di kawasan itu supaya mematuhi penghakiman persetujuan diputuskan sebelum ini yang menyaksikan pengurusan kuil terbabit bersetuju berpindah daripada tanah berkenaan.

“Marilah kita bersatu sebagai masyarakat Hindu yang berdisiplin dan biarkan kuil Sri Maha Mariamman dipindahkan tanpa sebarang halangan.

Untuk Whatsapp Terus Klik Gambar

“Ia bagi membolehkan kita berkhidmat kepada penganut Hindu di tempat yang lebih baik dan selamat dengan lebih banyak kemudahan,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kuil terbabit dibina pada 1974, manakala pengurusan jawatankuasa kuil itu ditubuhkan dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1996.

Katanya, ketika itu, dia dilantik sebagai presiden, manakala M Nagaraju adalah setiausaha.

Chelappa berkata, kuil itu terletak di atas tanah milik syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) dan dia sebelum ini memperoleh injunksi untuk menghentikan kerja-kerja merobohkan oleh pemaju.

Untuk Whatsapp Terus Klik Gambar

“Selepas beberapa tahun melalui proses perundangan, kami akhirnya bersetuju untuk berpindah demi kebaikan semua pihak.

“Keputusan itu dicapai selepas saya sebagai penjaga serta wakil kuil yang sah, bersetuju dengan terma yang dikemukakan dan ia turut dipersetujui oleh Nagaraju termasuk beberapa pihak lain.

“Ia juga adalah persetujuan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac 2014,” katanya.

Chelappa berkata, pemilik tanah turut bersetuju menyediakan lokasi alternatif di USJ 23 seluas kira-kira 0.4 hektar selain mendermakan RM2.5 juta bagi membantu kos pemindahan dan pembinaan kuil baharu.

Untuk Whatsapp Terus Klik Gambar

Beliau berkata, sebuah kuil baharu dengan pelbagai kemudahan juga dibina pada 2017 di Putra Heights, USJ 23 dan ia sudah pun digunakan oleh masyarakat Hindu di kawasan terbabit.

“Marilah kita semua (penganut Hindu) menghormati keputusan tuhan secara aman untuk berpindah ke kawasan baharu.

“Kita juga perlu menghormati penghakiman mahkamah dan undang-undang. Apa yang perlu diberi perhatian bahawa tapak baharu di Putra Heights juga akan diwartakan sebagai tanah kuil,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/502788/penganut-hindu-diminta-akur-keputusan-mahkamah

Untuk Whatsapp Terus Klik Gambar

Air mata tumpah pada perbicaraan Pusat Tahfiz Ittifaqiyah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar kes kebakaran tragis Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, hari ini menjadi saksi tumpahnya air mata kesedihan ibu yang kehilangan anak dalam tragedi menyayat hati itu, tahun lalu.





Suasana tenang bertukar sebak sebaik empat wanita yang merupakan ibu kepada beberapa mangsa yang dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz untuk mengecam gambar anak masing-masing, yang dirakamkan ketika mangsa masih hidup.


Mereka ialah Khairunnisaa’ Khairuddin, 33; yang tidak bekerja, Mazzaini Muda, 48; seorang guru, Rien Erliana Marjuni, 50; kerani di Kedutaan Indonesia dan Emmi Farizah Abd Aziz, 38, juruwang di Jakel Trading, yang hadir sebagai saksi pendakwaan ke 29 sehingga 32.


Khairunnisaa’ adalah ibu kepada Umar Al- Khattab, 6; Mazzaini ibu kepada Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13; Rien Erliana ibu kepada Muhammad Taufiq Hidayat, 16; dan Emmi Farizah yang merupakan ibu kepada dua mangsa iaitu Azkar Abidi, 11; dan Azkar Darimi, 8.



Sponsor by : MLTGA


Pada pemeriksaan semula tersebut, keempat-empat wanita itu yang dipanggil secara berasingan ke bilik bicara ditunjukkan gambar anak masing-masing dan mereka yang pada mulanya tenang dilihat kehilangan kata-kata sebelum mengesat air mata dan hanya menjawab perlahan serta menganggukkan kepala tanda mengecam mangsa.

Kepada soalan Nurakmal Farhan bilakah keempat-keempat saksi itu mengetahui mengenai tragedi kebakaran tersebut, Khairunnisaa’ berkata pada 6.30 pagi, 14 September 2017 apabila dimaklumkan sahabat suaminya yang juga merupakan bapa kepada seorang daripada pelajar di pusat yang sama.

Mazzaini pula memberitahu mengetahui mengenai kebakaran itu setelah membaca mesej di dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa pelajar di pusat tahfiz itu selepas menerima satu panggilan telefon yang tidak sempat dijawabnya.

Rien Erliana pula berkata, “Anak saya yang sulung tengok TV3, berita pukul 7 pagi, dia ‘call’ saya cakap, “mama, tahfiz Taufik (Muhammad Taufiq Hidayat) terbakar,” saya terus telefon bekas suami saya, saya cakap sekolah tahfiz (Ittifaqiyah) terbakar, Taufik macam mana, dia (bekas suami) dah menangis dulu,” kata Rien Erliana.

Sementara itu, Emmi Farizah memberitahu adik perempuannya yang menghantar anak ke pusat tahfiz sama telah menghubunginya memberitahu kejadian itu.

Keempat-empat saksi itu berkata selepas mengetahui kejadian itu mereka telah pergi ke pusat tahfiz tersebut sebelum diminta ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk pengecaman mayat dan pengambilan sampel darah.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.


Sponsor by : MLTGA

Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah itu turut dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Perbicaraan bersambung pada Khamis ini. – Bernama

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/mahkamah/air-mata-tumpah-pada-perbicaraan-pusat-tahfiz-ittifaqiyah-1.909352?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts