Semenjak Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), banyak media tempatan yang menyiarkan berita politik tanpa berat sebelah seperti sebelum ini yang dilihat banyak ‘menghentam’ PH yang ketika itu menjadi pembangkang.
Ini kerana, PH telah berjanji akan mengembalikan kebebasan terhadap media untuk melaporkan berita sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang. Dasar keterbukaan kerajaan baharu itu mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak terutamanya rakyat.
Sponsor by : MLTGA |
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, media arus perdana perlu berlaku ‘adil’ dalam pemberitaan mereka.
“Tidak perlu nak berat sebelah kerana mereka (PH) memperjuangkan ketelusan,” katanya, di sebalik cara pemberitaan beberapa media yang sebelum ini dikatakan hanya menyiarkan laporan negatif menghentam pemimpin PH, tetapi bertukar mesra kepada mereka selepas 9 Mei.
Sponsor by : MLTGA |
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NSTP, Datuk Seri A Jalil Hamid baru-baru ini berkata akhbar terbitan syarikat itu perlu menyesuaikan diri dengan pendapat umum dan mendakwa neutral sejak kekalahan BN. Sementara itu, pengurusan tertinggi Kumpulan Utusan Melayu pula menerima tekanan melepaskan pegangan UMNO dalam syarikat itu.
Menurut Aziz, media seharusnya bebas dalam memberikan maklumat kepada rakyat dan ia seharusnya benar.
“Semua parti memperjuangkan untuk rakyat cuma masing-masing mengunakan kaedah masing-masing. Saya rasa sewajarnya media arus perdana kena terbuka dalam hal ini,” katanya yang menyeru agar berita pihak BN yang kini menjadi pembangkang tidak disekat.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula menyerahkan kepada kerajaan baharu untuk menentukan sama ada media akan berlaku adil.
“Macam mana saya nak jawab, itu anda kena tanya pihak kerajaan,” katanya.
Sponsor by : MLTGA |
Menggulas perkara yang sama, Ketua Pemuda MIC C Sivaraajh pula berkata, media arus perdana tidak seharusnya takut untuk memberikan liputan kepada BN kerana sebelum ini kerajaan BN membenarkan media memberikan input dan pandangan.
“Saya percaya mereka perlu semak dan imbang bukan untuk kritik mereka. Mungkin pandangan kami boleh diterima,” katanya yang juga berharap media menyokong pendapat yang diberikan oleh BN seperti dalam isu memastikan polisi dan janji PH dipenuhi.
Sumber : thereporter
Sponsor by : MLTGA |
No comments:
Post a Comment