Thursday, May 31, 2018

Minyak Lintah COD Tesco Ampang | Pandan Jaya | Ampang Point | KLCC | Wangsa Maju 0173076786

TENTU ANDA ADA MASALAH, BETUL?
MASALAH CEPAT PANCUT?
ZAKAR PENDEK? KURANG BESAR?
KURANG TEGANG KURANG KERAS??
INGIN PUASKAN ISTERI TERCINTA?



Khasiat Minyak Lintah Asli :
Minyak Lintah Gunung merupakan alternatif
perubatan tradisional sejak berabad-abad yang lampau.
Minyak lintah gunung telah diolah dengan herba terpilih sehingga menjadi

Khasiat utama Minyak Lintah :
Bertindak dengan serta-merta (ketegangan)
dalam masa 15 minit sahaja (InsyaAllah)
Pati Minyak Lintah bukan sahaja untuk merawat kelelakian anda,
tapi memperhebatkan lagi kejantanan anda diranjang.
Kehebatan anda ini bakal mengubah fenomena
kasih sayang isteri anda terhadap anda.!!!

Khasiat Pati MINYAK Lintah :
1. Merawat penyakit strok
2. Lumpuh
3. Sakit pinggang @ lenguh-lenguh
4. Mengembalikan kesegaran pada urat sarat dan melancarkan peredaran darah

Juga sesuai untuk :
-Zakar tunduk ke bawah (patah tandan)
-Zakar bengkok
-Memperbetulkan urat-urat zakar yang tersumbat
-Melambatkan keluar mani
Pati minyak urutan turun temurun. INSYAALLAH selamat
dan tiada sebarang kesan sampingan.
Di rumus secara tradisional bagi merawat masalah saiz
zakar dan mengawal ejakulasi pra-matang.
Besar, Teguh dan Berkuasa, Membesarkan, Memanjangkan,
Mengawal ejakulasi pra-matang Tegang dan Kuat.!!!


lelaki lemah tenaga batin Cara Urut
Batin Guna minyak lintah gunung asli terbaik
Tanpa bahan kimia dan pengawet, minyak ini suci serta semula jadi dan tiada kesan sampingan serta amat mustajab untuk lelaki lemah tenaga batin
KUAT ,TEGANG, TAHAN LAMA , BESAR DAN PANJANG.

WHATSAPP : 
SAYA NAK HARGA PROMOSI.!!!
WHATSAPP : +60173076786
WHATSAPP : +60173076786

Tuesday, May 22, 2018

Jamal Ditahan Tunjuk Senjata

Gambar Hiasan
KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penularan gambar beliau mempamer senjata api dalam laman sosial.

Jamal, 47 ditahan di hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang, 1.15 petang tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor.


Sponsor by : MLTGA

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Langat.

Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang awam.

Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.


Sponsor by : MLTGA

Ramai orang awam menganggap Jamal tidak layak memiliki lesen senjata api.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan tangkapan Jamal, namun akan mengeluarkan butiran terperinci dalam masa terdekat.

Sumber : Harian Metro


Sponsor by : MLTGA


Monday, May 21, 2018

Dua Peguam Najib Razak Tarik Diri


KUALA LUMPUR : Datuk Harpal Singh Grewal malam ini mengesahkan beliau dan M. Athimulan menarik diri dari pasukan guaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau memaklumkan bahawa tempat mereka berdua akan diambil alih oleh bekas peguam cara negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan enam lagi peguam dalam pasukannya.


Sponsor by : MLTGA

"Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menarik diri dari mewakili anak guam saya Datuk Seri Najib, begitu juga dengan M. Athimulan.

"Mulai sekarang, saya tidak lagi terlibat dengan kes ini," katanya pendek.


Sponsor by : MLTGA

Sumber : Astro Awani 

Saturday, May 19, 2018

Saya Kini Penganggur - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Setelah kehilangan jawatannya sebagai perdana menteri dan meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kini dalam fasa ‘persaraan’.

Dalam satu temuramah bersama Malay Mail, Najib sambil ketawa mengaku beliau kini seorang penganggur dan sedang menganggur.

Sponsor by : MLTGA
Menurutnya, buat masa ini beliau mahu berehat dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sebelum memikirkan perihal negara.

Ditanya apakah rancangan selepas ini, Najib berkata, beliau tidak tahu namun akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

"Tolong beri saya masa, kerana masih awal lagi, tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran," katanya.

Sponsor by : MLTGA

Najib mengekalkan kerusi Parlimen Pekan dengan meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU14.

Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menjalankan pemeriksaan serentak sejak malam Rabu lalu di enam premis, iaitu Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta serta tiga unit kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.

Sponsor by : MLTGA

Hasil pemeriksaan itu, polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Najib ke pejabat agensi anti rasuah itu Selasa depan untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.


Sponsor by : MLTGA


'Kita Bodoh Kerana Menafikan Realiti' - KJ

Gambar Malaysiakini.com
Tidak seperti anggapan sesetengah pemimpin BN Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengakui mereka kalah kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) baru-baru ini bukan kerana isu persepsi, tetapi realiti.

Kata anggota parlimen pembangkang dari Rembau itu BN "bodoh" kerana menafikan hakikat itu.
Sponsor by : MLTGA
Katanya BN menafikan isu 1MDB - yang menjadi antara topik utama HARAPAN berkempen - serta skandal lain.

"Kita kata tak ada, sudah dijawab. Kita menipu diri sendiri sampai hari terakhir," katanya dalam temu bual disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Sebelum itu Khairy ditanya sama ada kekalahan BN berpunca daripada kegagalan parti tersebut menguruskan persepsi.

Sponsor by : MLTGA
Katanya BN tidak boleh lagi bercakap mengenai persepsi kerana sebelum muncul isu itu, mesti ada suatu realiti yang terjadi.

"Persepsi itu dibentuk oleh realiti. Realiti sudah ada. Cuma kita bodoh kerana menafikannya selama ini," katanya.

BN kecundang buat kali pertama dalam sejarah selepas gagal mendapat kerusi mencukupi di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Sponsor by : MLTGA 
HARAPAN memperoleh 122 kerusi parlimen manakala BN hanya 79. Satu blok lagi yang diterajui PAS hanya mendapat 18 kerusi. Selebihnya adalah wakil bebas.

Di peringkat dewan undangan negeri (DUN) pula BN hanya berkuasa di Perlis dan Pahang, manakala PAS menguasai Kelantan dan Terengganu.

Penolakan besar-besaran itu sangat mengejutkan malah presiden MCA, MIC dan Gerakan - antara parti yang membentuk BN - juga kalah di kerusi masing-masing.

Sementara itu Khairy juga berkata Umno perlu melakukan perubahan besar-besaran untuk membolehkan ia kekal relevan kepada rakyat.

Sponsor by : MLTGA
Katanya kekalahan mereka pada PRU lalu bukan sekadar kerana penolakan masyarakat kepada pemimpin malah terhadap parti itu sendiri.

Menurutnya Umno perlu mengakui mereka gagal membaca kehendak rakyat di sebalik amalan budaya feudal, hidup mewah, angkuh, sombong serta tidak berani bersuara terhadap pemimpin sehingga akhirnya parti melakukan kesilapan yang besar.

"Walak itu, walaklah, tetapi dalam keadaan kami semua tidak dapat membaca sentimen sebenar rakyat. Itu kita kena mengaku," katanya.

Sumber artikal : Malaysiakini.com

Sponsor by : MLTGA

Thursday, May 17, 2018

‘Media perlu berlaku adil, tak perlu nak berat sebelah’ – Pemimpin UMNO seru media tak sekat berita dari BN


Semenjak Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), banyak media tempatan yang menyiarkan berita politik tanpa berat sebelah seperti sebelum ini yang dilihat banyak ‘menghentam’ PH yang ketika itu menjadi pembangkang.

Ini kerana, PH telah berjanji akan mengembalikan kebebasan terhadap media untuk melaporkan berita sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang. Dasar keterbukaan kerajaan baharu itu mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak terutamanya rakyat.

Sponsor by : MLTGA
Bagaimanapun, lapor Free Malaysia Today terdapat beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan laporan media kini lebih menjurus kepada PH.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, media arus perdana perlu berlaku ‘adil’ dalam pemberitaan mereka.

“Tidak perlu nak berat sebelah kerana mereka (PH) memperjuangkan ketelusan,” katanya, di sebalik cara pemberitaan beberapa media yang sebelum ini dikatakan hanya menyiarkan laporan negatif menghentam pemimpin PH, tetapi bertukar mesra kepada mereka selepas 9 Mei.

Beberapa badan media yang disokong UMNO sebelum ini mengakui mereka perlu mengubah cara pemberitaan. Ini termasuk New Straits Times Press yang menerbitkan tiga akhbar harian, menggesa kakitanganya melakukan penyesuaian kepada ‘persekitaran politik baru’.

Sponsor by : MLTGA

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NSTP, Datuk Seri A Jalil Hamid baru-baru ini berkata akhbar terbitan syarikat itu perlu menyesuaikan diri dengan pendapat umum dan mendakwa neutral sejak kekalahan BN. Sementara itu, pengurusan tertinggi Kumpulan Utusan Melayu pula menerima tekanan melepaskan pegangan UMNO dalam syarikat itu.


Menurut Aziz, media seharusnya bebas dalam memberikan maklumat kepada rakyat dan ia seharusnya benar.

“Semua parti memperjuangkan untuk rakyat cuma masing-masing mengunakan kaedah masing-masing. Saya rasa sewajarnya media arus perdana kena terbuka dalam hal ini,” katanya yang menyeru agar berita pihak BN yang kini menjadi pembangkang tidak disekat.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula menyerahkan kepada kerajaan baharu untuk menentukan sama ada media akan berlaku adil.

“Macam mana saya nak jawab, itu anda kena tanya pihak kerajaan,” katanya.

Sponsor by : MLTGA

Menggulas perkara yang sama, Ketua Pemuda MIC C Sivaraajh pula berkata, media arus perdana tidak seharusnya takut untuk memberikan liputan kepada BN kerana sebelum ini kerajaan BN membenarkan media memberikan input dan pandangan.

“Saya percaya mereka perlu semak dan imbang bukan untuk kritik mereka. Mungkin pandangan kami boleh diterima,” katanya yang juga berharap media menyokong pendapat yang diberikan oleh BN seperti dalam isu memastikan polisi dan janji PH dipenuhi.

Sumber : thereporter

Sponsor by : MLTGA


284 kotak, 72 Bagasi Mengandungi Wang Tunai, Beg Berjenama Dirampas Dari Kondominium Mewah.



KUALA LUMPUR: Sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan, adalah antara rampasan yang dilakukan dalam satu operasi pencarian di kondominium mewah milik bekas pemimpin negara lewat malam tadi.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung di perkarangan kondominium mewah itu selepas operasi pencarian tamat sekitar jam 2.15 pagi tadi.


Sponsor by : MLTGA
"Anggaran jumlah wang barang kemas, jam tangan yang dirampas tidak dapat kami diberikan buat ketika ini," kata Amar Singh.

Katanya, bagasi yang dirampas turut mengandungi mata wang asing dalam pelbagai denominasi. Namun,  jumlah mata wang asing itu tidak dapat didedahkan kerana perincian berhubung nilai mata wang yang dirampas itu hanya akan dilakukan pada hari yang berlainan.


Sponsor by : MLTGA
Beliau turut berkata bahawa pihak polis telah menjalankan penyiasatan di keenam-enam tempat tersebut secara serentak dan menegaskan bahawa ia merupakan suatu pemeriksaan dan bukannya serbuan.


Antara lokasi-lokasi terbabit termasuk di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan empat buah kediaman miliknya.


"Ini adalah pemeriksaan bukan serbuan," tegas Amar Singh.

Beliau turut berkata rampasan dibuat untuk membantu siasatan kes berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

"Kami sedang membuat siasatan tentang kes 1MDB," katanya.

Sidang media itu berlangsung selepas operasi pencarian yang bermula sekitar jam 10 malam tadi.


Sponsor by : MLTGA
Apabila ditanya siapa pemilik unit kondominium mewah itu, Amar Singh menegaskan ia milik seorang 'Tan Sri' tanpa mendedahkan nama sebenar individu itu.


Amar Singh turut menyeru agar pihak-pihak tertentu tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang berkait rapat dengan isu 1MDB itu.


Sumber : Astro Awani 


Sponsor by : MLTGA

Nik Omar Nik Aziz dilarang jadi imam Masjid Tok Guru


KOTA BHARU: Anak bekas Musyhidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, di sini berikutan keputusannya menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berkata, begitulah `harga' yang perlu ditanggung apabila pihak keluarganya sudah membuat keputusan terbabit.
Sponsor by : MLTGA

Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.


"Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo?

"Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung.


Sponsor by : MLTGA

"(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang," katanya ketika berucap pada Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru, di sini, hari ini.

Beliau hanya berucap selama 10 minit pada kuliah yang dihadiri lebih 100 penduduk kerana kepenatan dan sukar untuk memberi tumpuan sebelum diserahkan kepada penceramah lain. Ia direkodkan secara langsung di laman Facebook Husam Musa.


Sponsor by : MLTGA
Sementara itu, bapa lima anak itu dan juga pengetua Madrasah Darul Anuar itu berkata, faktor beliau menyertai PH apabila melihat negara ini dipimpin pemimpin yang zalim dan memerah harta rakyat melalui duit negara.


"Sebab itu kita nak tukar (kerajaan Persekutuan), kita kesian kepada rakyat, terutama di kampung kerana sudah puluhan tahun berada dalam menderita," katanya.


Sumber : Berita Harian


Wednesday, May 2, 2018

Ada apa dengan Nik Omar NIK Aziz?

Sumber : Astro Awani

Ini kisah saya dan beberapa rakan media di Kelantan apabila dimaklumkan anak bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar, akan berucap buat pertama kalinya di majlis pelancaran Manifesto Pakatan Harapan negeri ini.

Saya mahu dengar ucapan pertama beliau, atas kapasiti calon parti politik.

Sebabnya?

Sembang kedai kopi dan kalangan orang biasa yang minat politik, Nik Omar, 54 tahun, ini mirip bapanya dari segala segi.

Sama ada percakapan, pembawakan diri serta visi.

"Kalau kita pejam mata, dan dengar Nik Omar bercakap, macam dengar Tok Guru bercerita," itu antara yang saya dengar.

Kebenaran ini hanya boleh saya sahkan kalau saya mendengar dan melihat sosok ini dengan lebih dekat.

Tetapi, melihat kepada bilangan hadirin yang sedikit hambar di majlis berkenaan, saya jadi hairan.

Apakah nama Nik Omar tidak cukup menarik perhatian?

Itu penilaian saya pada awalnya.

Beliau berucap kurang 10 minit di majlis itu.

Tentang kisah latar belakang politik.


Dan bagaimana beliau tidak mahu disanjung, dan diangkat setinggi Tok Guru kerana bukan dalam liga yang sama.

Kerana menurut beliau, "Ambo buke Tok Guru, tapi ambo ni anok Tok Guru, bezo langit dengan bumi (Saya bukan Tok Guru, tetapi anak Tok Guru, beza kami langit dengan bumi).

"Tok Guru (Nik Aziz) ni kalu buwi ceramoh, supo jamu ore makae nasik, tapi gak ambo ni kalu buwi ceramoh, supo jamu ore makae ubi kayu (Tok Guru kalau berceramah boleh disamakan dengan menjamu hadiri dengan nasik, tetapi kalau saya berceramah, umpama menjamu hadiri dengan ubi kayu)," seloroh Nik Omar.

"Ubi kayu ni tapi gak, sedak makae jare-jare (Tetapi ubi kayu ni sedap makan sekali-sekala)," jenaka Nik Omar yang disambut tawa.

Tetapi, ukuran sebenar mengenai 'Ada Apa dengan Nik Omar?' ini datang selepas majlis itu.


Nik Omar diserbu, hadirin mahu rakam 'selfie' dengan beliau, sehinggakan media yang mahu menemuramahnya terpaksa menunggu buat seketika sebelum 'peminat' beliau reda.

Ada pesona yang tersendiri, Nik Omar sering melempar senyuman, menampakkan semua giginya.

Tetapi senyum itu ikhlas, tidak dibuat-buat.


Nik Omar buat kejutan apabila muncul sebagai calon di DUN Chempaka.

Kejutan ini dijanjikan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa, pada majlis pengumuman calon pada Khamis.

Ya, itu kerusi warisan bapanya sejak 1995.

Tetapi, Nik Omar tidak pula bertanding menerusi platform parti perjuangan hidup mati Tok Guru yang juga Mursyidul Am Pas.

Sebaliknya memilih serpihan Pas, Parti Amanah Negara (PAN).



Nama Nik Omar disebut-sebut sebagai calon sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun tiada pengesahan ya atau tidak, kerana difahamkan ada tekanan dari keluarga yang bimbang berlaku perpecahan dalam keluarga Tok Guru.

Apa yang dikatakan tekanan ini kemudian merebak kepada dakwaan Nik Omar disembunyikan sebelum penamaan calon.

"Takdok keno susuk, ambo ado sini, dua hari lepas, macae mano keno susuk, ambo ado ja sini, sajo ado pihok nok create isu (Saya tak disembunyikan, ada je di sini, dua hari lepas pun ada di sini, ada pihak sengaja mencipta isu)," jelas Nik Omar.

Mahu tidak mahu, munculnya Nik Omar di pentas politik, menimbulkan persoalan berhubung persepsi legasi Nik Abdul Aziz.

Siapa ada ketokohan sebenar?

Nik Omar atau adiknya Nik Abduh yang lebih dahulu 'makan garam' dalam arena politik, baik di peringkat parti mahupun peringkat Parlimen? Nik Abduh menang di Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Soalan demi soalan provokasi ditanya kepada Nik Omar.

Satu yang pasti, setiap soalan itu dijawab dengan senyum dan ayat tersusun, seperti juga soalan siapa sebenarnya lebih layak teruskan legasi Tok Guru?

Nik Omar mewarisi sekolah agama yang diasaskan oleh ayah beliau, iaitu Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka yang terletak bersebelahan dengan rumah Nik Aziz.


Dalam hal politik?

"Masing-masing ada kekuatan, seperti, ambo royat, ambo doa untuk adik ambo, supayo dio berjayo di Bachok, ambo pun raso dio berdoa jugok untuk ambo berjayo di Chempaka.

"Dio ambik Parlimen, ambo ambik DUN. Dio pikir tentang negaro, ambo pikir tentang negeri. Masing-masing berlumba buat kebaikan," Nik Omar menutup perbualan dengan media.

Bagi kerusi DUN Chempaka N.06, Nik Omar bawa legasi besar untuk pertahan kerusi bapanya.

Pada PRU13, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz kekalkan kerusi itu dengan majoriti 6,500 undi.


Rumusan saya selepas kali pertama bertemu secara peribadi dengan Nik Omar adalah, figura ini ada sesuatu yang istimewa untuk mendapat tempat dalam politik.

Sama ada jauh atau dekat, lama atau sekejap perjalanan Nik Omar di Kelantan, semuanya bergantung kepada pengundi yang dahulunya memilih bapa beliau.

Persaingan di DUN Chempaka boleh disifatkan bukan lagi mengenai parti, tetapi personaliti.

sumber : Astro Awani




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts