KOTA BHARU: Anak bekas Musyhidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, di sini berikutan keputusannya menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Beliau yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berkata, begitulah `harga' yang perlu ditanggung apabila pihak keluarganya sudah membuat keputusan terbabit.
Sponsor by : MLTGA |
Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo?
"Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung.
Sponsor by : MLTGA |
"(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang," katanya ketika berucap pada Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru, di sini, hari ini.
Beliau hanya berucap selama 10 minit pada kuliah yang dihadiri lebih 100 penduduk kerana kepenatan dan sukar untuk memberi tumpuan sebelum diserahkan kepada penceramah lain. Ia direkodkan secara langsung di laman Facebook Husam Musa.
Sponsor by : MLTGA |
"Sebab itu kita nak tukar (kerajaan Persekutuan), kita kesian kepada rakyat, terutama di kampung kerana sudah puluhan tahun berada dalam menderita," katanya.
No comments:
Post a Comment